Sunday, August 15, 2010

HADIS-HADIS TENTANG RAMADHAN

Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:


"Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"



Kelebihan berpuasa


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:


"Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya"



No comments:

Post a Comment

eh wait2 haa.....sila tinggalkan coment anda..